Tuesday, February 26, 2013

TAIK MATAKU DAN TAIK MATAMU

Sesuatu yang normal bagi manusia dalam keadaan tidak ada cermin, kita dapat melihat taik mata orang lain tetapi tidak taik mata kita sendiri. Kita dengan mudah boleh melihat taik mata orang lain ditambah dengan cacian, makian, cemuhan kononnya dia geragas, pengotor dan lain-lain lagi yang negatif tetapi dalam masa yang sama kita sendiri ada taik mata yang mungkin lebih besar daripada orang lain.
Begitulah perumpaan saya dan orang yang membaca post ini. Kita sangat suka melihat kesalahan orang lain tanpa melihat diri kita sendiri. Seorang wanita yang mempertahankan yang hak dalam keadaan aurat yang terdedah sedikit, kita terus-terusan blame dia, "apalah dia ni, konon mau buat benda baik tapi buka aurat juga". Ikhwah dan akhwat sekalian, siapa kita mau nilai orang lain? Pelacur yang bagi anjing minum boleh masuk syurga. Siapa dia? PELACUR, kita sendiri tau betapa jelek kerjanya. Tapi, Allah bagi dia masuk syurga. Orang lain mempertahankan yang hak, bukan pelacur, cuma auratnya terdedah, perlukah kita blame dia?. Dia buat kerja, kita cuma duduk-duduk dan memblame. Dia lebih baik dari kita. sebab apa? Pertama, dia buat kerja tapi kita mencaci, mencemuh dll. Kedua, Dia punya salah dengan Allah sahaja sebab tidak tutup aurat dengan sempurna, tapi kita dosa dengan Allah sebab kita langgar arahan Allah supaya tidak memaki, mencemuh, mencaci dll disamping kita berbuat jahat (mencemuh, memaki dll) kepada orang tadi. Kesimpulannya, Siapa jahat? kita atau orang lain?

Saturday, January 19, 2013

INDAH PELANGI KERANA PERBEZAAN WARNA

Pelangi itu indah. Ada tujuh warna semuanya, "Mat Jenin Kena Hukum Bunuh Injak Unta". Merah tidak akan menjadi indigo, jingga tidak mungkin menjadi hijau. Masing-masing dengan warna masing-masing. Arah pergerakan mereka semua sama, kuning tidak bergerak lurus, biru tidak menegak tapi semua bergerak membujurlah kiranya. Kalau kurang satu warna, tidak akan disebut pelangi. akibatnya, keindahan pelangi tidak akan terjadi.
Begitulah kita, walaupun duduk dalam persatuan atau pertubuhan yang berbeza-beza tapi saya yakin kita punya matlamat sama. Jadi apakata kalau kita gerak sama-sama?saya tidak join kau, kau boleh tidak join saya, dia boleh join mana-mana sebab kita punya sumber sama, tujuan kita sama. Soal pendekatan, itu masalah kecil kita jangan ambil kira sangat. Jangan kerana soal perbezaan pendekatan, saya kurang suka dengan anda, anda pula tidak senang dengan saya. Seperti halnya pelangi, saya biru, dia kuning, kau hijau, bila kita gerak sama-sama, insyaallah keindahan akan terserlah:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG