Saturday, January 19, 2013

INDAH PELANGI KERANA PERBEZAAN WARNA

Pelangi itu indah. Ada tujuh warna semuanya, "Mat Jenin Kena Hukum Bunuh Injak Unta". Merah tidak akan menjadi indigo, jingga tidak mungkin menjadi hijau. Masing-masing dengan warna masing-masing. Arah pergerakan mereka semua sama, kuning tidak bergerak lurus, biru tidak menegak tapi semua bergerak membujurlah kiranya. Kalau kurang satu warna, tidak akan disebut pelangi. akibatnya, keindahan pelangi tidak akan terjadi.
Begitulah kita, walaupun duduk dalam persatuan atau pertubuhan yang berbeza-beza tapi saya yakin kita punya matlamat sama. Jadi apakata kalau kita gerak sama-sama?saya tidak join kau, kau boleh tidak join saya, dia boleh join mana-mana sebab kita punya sumber sama, tujuan kita sama. Soal pendekatan, itu masalah kecil kita jangan ambil kira sangat. Jangan kerana soal perbezaan pendekatan, saya kurang suka dengan anda, anda pula tidak senang dengan saya. Seperti halnya pelangi, saya biru, dia kuning, kau hijau, bila kita gerak sama-sama, insyaallah keindahan akan terserlah:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG