Tuesday, August 2, 2011

KEPALA @ SOLAT



Seorang manusia yang Allah ciptakan ke muka bumi ini mempunyai satu bentuk badan yang cantik. Pada badan itu terdapat lima anggota yang kiranya menjadi pelengkap kepada kita untuk menjadi manusia yang Allah firmankan dalam quran lebih kurang beginilah....
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian"...rujuk Al-quran, surah at-tin.
Lima anggota tersebut masing-masing ialah kepala, tangan kanan, tangan kiri, kaki kanan dan kaki kiri. Sekiranya salah satu dari empat anggota ini kecuali kepala tidak ada pada kita, kita masih boleh hidup walaupun cacat. Meskipun cacat, kita masih boleh menyembunyikan kecacatan tersebut dengan menggantikan anggota tersebut dengan anggota palsu. berlainan dengan kepala, sekiranya kepala mengalami kecacatan, kita tidak boleh menggantikannya dengan kepala palsu. tidak akan hidup kita di dunia ini dengan kepala palsu. Begitulah juga keadaannya jika kita tidak berkepala.
Begitulah Islam. Badan kita barat Islam, semua amalan dalam islam diwakili oleh setiap anggota tersebut. Solat yang merupakan kepala kepada badan (Islam) merupakan   amalan yang paling utama. Amalan-amalan yang lain masing-masing diibaratkan dengan anggota-anggota yang disebutkan diatas. Jika solat kita HANGKANG, rosak ISLAM dalam diri kita. Jadi, solatlah kita dan tingkatkan mutu solat kita.

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.. -Imam Hasan Al-Basri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG