Saturday, April 16, 2011

WASIAT IMAM SYAFIE


* Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukanlah ilmu itu apa yang dihafaz semata-mata.


* Kebaikan ada pd 5 perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan meyakini segala kekuasaan Allah.


* Imam Syafie telah ditanya tentang tabiatnya yang suka bertongkat sedangkan beliau tidaklah terlalu uzur. Maka beliau menjawab, “Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia ini hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah”.


* Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada 5 perkara iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


* Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat dari lidah manusia itu sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.


* Sesiapa yang berasa marah tetapi tidak meluahkannya, maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang berasa redha terhadap sesuatu tetapi tidak dapat menerimanya, maka dia seperti syaitan yang mana ia redha dengan ketuhanan Allah, tetapi tidak mahu tunduk kepada perintah-Nya.


* Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.


* Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan kepada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.


* Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain.


* Sesiapa yang memberikan peringatan dan nasihat kepada sahabatnya dalam keadaan sembunyi, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang, maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.


* Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dlm mencapainya.


* Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya (hasilnya)


* Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu.


* Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka ia sudah mencukupi.


* Orang ilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahui. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmunya yang telah sedia ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa mengisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG