Saturday, September 17, 2011

COKLAT DAN PEMILIK COKLAT

Mari saya bawa anda menghayati sebuah cerita.
Pada suatu hari, Sukri berjalan di sebuah bandar. Tiba-tiba seorang yang agak tua memanggilnya. Maka pergilah Sukri kearah orang tua itu. Beliau (orang tua) memberitahu Sukri bahawa dia adalah pemilik kilang coklat tidak jauh dari situ. Tidak lama selepas itu, beliau menunjukkan sebiji coklat kepada Sukri seraya berkata, "wahai anak muda, jika engkau aku berikan pilihan antara coklat dan diriku ini, yang mana satu akan kau pilih?".
Mendengar persoalan itu, Sukri bermonolog di dalam hatinya. "aku lapar, lebih baik aku pilih coklat. Boleh juga aku makan terus coklat itu".
Lebih kurang seminit sudah berlalu. Sukri mengambil keputusan untuk memilih coklat. Kemudian Beliau memberikan coklat tersebut kepada Sukri dan berkata, "kau telah membuat satu pilihan yang tidak tepat anak muda. Kau telah memilih coklat itu dan percayalah coklat itu akan hilang dalam masa yang singkat sama ada coklat itu cair mahupun kau makan. Tetapi sekiranya kau memilih aku, nescaya semua milikku akan menjadi mudah untuk kau dapati. Tidak hanya coklat semata-mata, tetapi semua yang ada dalam kilang ini dan semua harta-harta saya akan mudah bagimu untuk mendapatkannya."
Selesai berkata-kata, beliau sekali lagi menawarkan dirinya untuk dipilih. Tanpa berfikir panjang lagi, Sukri terus memilih pemilik kilang coklat itu tanpa menghiraukan coklat yang lain. Sejak dari hari itu, Hidup sukri menjadi senag kerana telah memiliki kesenangan dari pemilik kilang coklat tersebut.


Begitulah juga hakikatnya dengan cinta, andaikata kita memilih cinta manusia, kita mungkin tidak akan dapat cinta daripada sumber yang lain. Tapi kalau kita memilih cinta kepada yang mengurniakan rasa cinta kepada manusia, Insyaallah Dia akan campakkan juga rasa cinta ke dalam hati manusia untuk mencintai kita.
Mungkin ada yang akan mempersoalankan benda ini kepada saya. saya akui, saya pernah melakukan kesalahan dan boleh sahaja anda fikir saya tidak layak untuk menulis entri ini. Tetapi bagi saya, kata-kata Imam Hassan Al-Basri lebih penting daripada persoalan yang mungkin anda persoalankan: 
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.

Thursday, September 15, 2011

CORRECT DAN CONNECT


Mahu bercerita pasal kelayakan untuk berdakwah?
Hakikatnya memang saya tidak layak.
Tetapi berpegang kepada kata-kata Imam Hasan Al-Basri ;
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.
Betullah kata-kata seorang alim dalam sebuah buku. Da'ie sekarang lebih gemar untuk 'correct' orang lain.
Sangat sedikit yang 'connect' dan terlampau sedikit mereka yang 'correct seterusnya connect'. Melihat kepada diri saya sendiri, terus terang saya katakan saya seorang yang suka correct kesalahan kawan saya. Namun pada hakikatnya saya sangat jarang conncet dengan mereka. Maka sebab itulah  peringatan-peringatan yang saya berikan kepada mereka tidak ada kesannya dalam hati mereka.

Agak panjang sudah entri ini (padahal pindik buttul).
InsyaALLAH, kita buat correction and connection dengan orang lain~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG