Mari saya bawa
anda menghayati sebuah cerita.
Pada suatu
hari, Sukri berjalan di sebuah bandar. Tiba-tiba seorang yang agak tua
memanggilnya. Maka pergilah Sukri kearah orang tua itu. Beliau (orang tua)
memberitahu Sukri bahawa dia adalah pemilik kilang coklat tidak jauh dari situ. Tidak lama selepas itu, beliau menunjukkan sebiji coklat kepada Sukri seraya
berkata, "wahai anak muda, jika engkau aku berikan pilihan antara coklat
dan diriku ini, yang mana satu akan kau pilih?".
Mendengar
persoalan itu, Sukri bermonolog di dalam hatinya. "aku lapar, lebih baik
aku pilih coklat. Boleh juga aku makan terus coklat itu".
Lebih kurang
seminit sudah berlalu. Sukri mengambil keputusan untuk memilih coklat. Kemudian
Beliau memberikan coklat tersebut kepada Sukri dan berkata, "kau telah
membuat satu pilihan yang tidak tepat anak muda. Kau telah memilih coklat itu
dan percayalah coklat itu akan hilang dalam masa yang singkat sama ada coklat
itu cair mahupun kau makan. Tetapi sekiranya kau memilih aku, nescaya semua
milikku akan menjadi mudah untuk kau dapati. Tidak hanya coklat
semata-mata, tetapi semua yang ada dalam kilang ini dan semua harta-harta saya
akan mudah bagimu untuk mendapatkannya."
Selesai
berkata-kata, beliau sekali lagi menawarkan dirinya untuk dipilih. Tanpa
berfikir panjang lagi, Sukri terus memilih pemilik kilang coklat itu tanpa
menghiraukan coklat yang lain. Sejak dari hari itu, Hidup sukri menjadi senag
kerana telah memiliki kesenangan dari pemilik kilang coklat tersebut.
Begitulah juga hakikatnya dengan cinta, andaikata kita memilih
cinta manusia, kita mungkin tidak akan dapat cinta daripada sumber yang lain.
Tapi kalau kita memilih cinta kepada yang mengurniakan rasa cinta kepada
manusia, Insyaallah Dia akan campakkan juga rasa cinta ke dalam hati manusia
untuk mencintai kita.
Mungkin ada yang akan mempersoalankan benda ini kepada saya.
saya akui, saya pernah melakukan kesalahan dan boleh sahaja anda fikir saya
tidak layak untuk menulis entri ini. Tetapi bagi saya, kata-kata Imam Hassan
Al-Basri lebih penting daripada persoalan yang mungkin anda persoalankan:
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg
terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang
itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan
ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.
apabila diri mampu untk memilih coklat,biarlah yg berbungkus,agar tidak d hinggap lalat/semut yg ntah dr mana dtgnya...
ReplyDeletememilih coklat biarlah yg sederhana manisnya, agar org yg mnikmati x terkena pykit...
bila dh dapat coklat...simpan lah baik2,perlu d jaga agar tidak cair atau d ambil pncri coklat yg lain...
like,..like,..like
ReplyDelete