Thursday, October 6, 2011

LIKE

Pada suatu hari Abu Nawas telah didatangi oleh seorang saudagar. Saudagar itu mempelawa Abu Nawas untuk makan bersama-sama beliau. Abu Nawas senang dengan pelawaan tersebut lalu membawa saudagar itu ke sebuah kedai makan. Duduk punya duduk, tunggu punya tunggu, akhirnya makanan dihidangkan oleh pelayan. Daging yang dihidangkan adalah berlainan saiz. Daging yang ddisebelah kanan lebih besar berbanding daging yang di sebelah kiri. Lantas tanpa rasa segan silu Abu Nawas mengambil daging yang lebih besar dan terus memakannya. Saudagar sangat terkilan dengan perbuatan Abu Nawas seraya berkata “kau seorang yang tidak beradad wahai Abu Nawas. Sepatutnya kau tidak boleh berbuat demikian.” “Bagaimana pula dengan engkau wahai saudagar?” tanya Abu Nawas spontan. “Aku akan membiarkan tetamu untuk menjamu daging yang lebih besar, biarlah aku menjamu daging yang kecil. Bolehlah kiranya aku beradab kepada tetamu”. Abu Nawas lantas menjawab, “Jadi, apa kiranya permasalahannya sekarang kerana engkau telah mendapat bahagian yang kecil?”
 P/S : Bijak jugak Abu Nawas ni..haha
Rentetan daripada cerita ini, saya mendapat satu idea. Sekiranya di laman-laman sosial terdapat orang-orang yang hebat (agama, sukan, bisnes dll) menulis status atau komen seperti saya ini kurang pandai, saya ini banyak dosa, saya ini palui dan yang sama waktu dengannya. Silakan anda LIKE status dan komen tersebut. Bukan sebab kita mengakui kelemahan mereka tetapi kita mengakui kehebatan dan kerendahan hati mereka. Kerana apa? Kerana bilamana mereka menulis status atau komen yang berbunyi saya ini pandai, saya ini banyak buat baik, saya ini pandai dll. Yakinlah mereka adalah dari golongan-golongan yang sombong dan tidak pantas bagi kita untuk meng’LIKE’ status atau komen tersebut.
 
Penulis rugi, pembaca juga rugi.
Siapa yang untung?
Mereka yang mengambil iktibar~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG