Thursday, November 10, 2011

TEGURAN

Zahirnya mulut manusia yang menegur, namun hakikatnya teguran itu adalah peringatan daripada Allah melalui perantaraan manusia. Mulut tidak akan dapat bercakap (teguran melalui percakapan) dan tangan tidak akan dapat menaip (teguran melalui penulisan) tanpa izin daripada Allah SWT. Oleh itu, buka hati dan lapangkanlah dada kita apabila menerima teguran daripada orang lain kerana hal ini samalah seperti kita redha dan pasrah dengan peringatan daripada Allah kepada kita.
Jangan kita persoalkan kenapa kita yang ditegur, kenapa bukan   orang lain. Jangan sekali-kali kita persoalkan kerana kita seolah-olah mempersoalkan kenapa Allah beri peringatan kepada kita. Belajarlah kita (terutamanya saya) untuk bersikap profesional.
Peringatan kepada diri sendiri..:) 

1 comment:

  1. InsyaAllah...teruskan menulis, pasti ada manfaatnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG