Tuesday, June 21, 2011

MENCARI DAN MENANTI CINTA

Cerita pertama
Saya ini pencari harta karun. Tidak lain dan tidak bukan kerja saya mencari harta karunlah. Pada suatu pagi yang indah, saya pergi mencari harta nun jauh di saaaaaaaaaaaaaaaaaaana. Dari pagi sampai hampir ke senja saya mencari, akhirnya jumpa jugaklah harta. Tidak banyak tidak jugak sikit. Bolehlah, sederhana. Dalam perjalanan balik pergi ke rumah saya berehat sebentar di KFC. Tiba-tiba datang seorang tua yang mengatakan harta yang saya jumpa tadi itu milik dia. Tambahan pula dia ada dokumen yang sah untuk membuktikan bahawa harta itu  milik dia. Aduina!!!!!! Sandi’ ooooooooo. Punyala penat saya cari tu harta rupanya kena ambil juga balik oleh tuan dia. Sandi’ sandi’..adoyaiiiiii!!!!!!!
Cerita kedua
Saya ini pencari tembaga. Tidak lain dan tidak bukan kerja saya mencari tembagalah. Saya tidak cari tembaga hari-hari macam si pencari harta di atas. Pada waktu saya tidak keluar mencari tembaga, datang seorang tauke tembaga yang kaya raya memberikan 17 kg tembaga kepada saya (tembaga merah). Oooooo man!!! Ada suda duit ni (hahahaha). Sehari kemudian, tauke tembaga tersebut datang kembali dengan hajat untuk mengambil semula tembaga yang dia berikan kepada saya. Saya berikan kembali tembaga yang dia berikan kemaren dan saya katakan kepada dia, “tauke, kau yang bagi ni tembaga sama saya, tidak apalah kalau tauke mahu ambil semula. Saya redha”.
Abis suda cerita…..
Yang sebenarnya, ada maksud tersirat ni dalam cerita. Dalam kes cinta, seorang insan yang mencari cinta insan yang lain, dia akan berusaha  mendapatkannya walaupun terpaksa berkorban masa dan wang ringgit. Tetapi setelah cinta yang ditemui itu hilang, dia rasa boleh frust tu, sebabnya banyak sudah dia korban untuk dapatkan cinta tapi hilang pula cinta tu. Berbeza dengan insan yang menunggu atau membiarkan cinta itu datang. Bila cinta datang dia berasa gembira  dan apabila cinta pergi atau hilang, dia tidak pun berasa sedih atau kecewa kerana dia tidak pernah untuk bersusah payah dan mengorbankan harta dan masanya. Jadi tidak apala-apala, bukan rugi apa-apapun. Tapi mencari cinta tidak salah juga sebenarnya, yang penting suda cukup ilmu dalam dada untuk berumahtangga. Kalau sekadar mencari cinta untuk berCINTA tanpa ada pengesahan, bagus tidak payahla cari, tunggu jak. Jangan penatkan diri.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG