Monday, June 27, 2011

SAMPAH MASYARAKAT DAN GURU PELATIH~

Ku hanya ingin katakan Allah itu maha adil. 
Alhamdulillah pengalaman pertama khuruj fisabillillah memberi sedikit input kepada saya.
Hendak dipendekkan cerita, Allah menunujukkan kepada saya betapa adilnya Dia kepada manusia. Orang yang dianggap sampah masyarakat, Allah akan campakkan terus hidayah ke dalam diri mereka asbab mereka tidak tahu. berbeza dengan insan yang bergelar guru pelatih. Guru pelatih adalah golongan yang berilmu, oleh itu, kena berusahalah mencari hidayah.


Sekilas baca nampak macam tidak adil sebab Allah tidak bagi hidayah terus kepada kedua-dua golongan yang dinyatakan. Tetapi bila fikir-fikir balik, di sinilah sebenarnya Allah hendak menunjukkan keadilam-Nya kepada saya.
Orang yang kita label sebagai sampah masyarakat ini sebahagiannya tidak mempunyai pengetahuan tentang agama. Seperti yang telah dinyatakan, asbab mereka tidak tahu inilah Allah terus campakkan hidayah ke dalam diri mereka. manalaka golongan yang Allah kurniakan pengetahuan agama seperti guru pelatih pula tidak diberikan hidayah terus. Adillah bha itu kan?
Cuba bayangkan kalau sampah masyarakat yang tidak berpengetahuan agama diberikan hidayah dan guru pelatih yang yang berilmu juga diberikan hidayah, Rugilah sampah masyarakat sebab mereka mereka hanya dikurniakan hidayah tetapi tidak ilmu sebelum itu. Beruntung pula guru pelatih yang diberikan ilmu dan hidayah sekali.
Jadi dalam apa-apa keadaan sekalipun, Allah itu maha adil.
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.. -Imam Hasan Al-Basri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

KAWAN PUNYA BLOG